Tuesday, February 15, 2011

Doa buat abang sulungku...

Awalnya abg aku yg sulung iaitu Akmal Hisam (abg kamal) hanya rasa sakit gigi dan rasa bengkak gusi lebih kurang ramadhan tahun lepas.. kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumahnya.. Doktor hanya mencadangkan gigi tersbt dicabut.. lepas dicabut, tetap sakit dan mendapatkan rawatan semula.. gigi kedua pula dicabut terus gigi ketiga masih tetap sakit.. Abg Kamal mula tak sedap hati dan dapatkan rawatan di klinik berhampiran dgn sekolah tempatnya mengajar.. di situ, doc suruh refer di hospital Selayang..
di haspital Selayang pd mulanya, doktor bgtau mungkin barah mulut.. setelah diagnosis dijalankan, sakit tersebut adalah kanser rahang.. pembedahan perlu dijalankan dgn segera kerana sel kanser tersebut sgt aktif.. pembedahan pertama dijalankan seperti yg dinyatakan dlm keratan akhbar dibawah..

Pembedahan dijalankan pada hari Rabu ( 9/2/2011) dan selesai pg hari khamis (lebih kurang 20jam).. hari Jumaat ptg pg melawat dan menurut kakak ipar aku, abg kamal perlu jalani pembedahan semula pd mlm tu.. lebih kurang jam 9 pembedahan kedua dijalankan.. selepas pembedahan tu, abg kamal sedar sekejap, tetpai alami jangkitan paru2 dan kini di icu.. td pg tgk lg dan dimaklumkan hari khamis ni pembedahan yg ketiga perlu dijalankan kerana daging yg ditampal dibhgn dagu perlu diganti.. erm.. darah xjalan kot.. sbb tgk dh lebam kat bhgn tu..
semoga Abg Kamal kuat dan sembuh seperti sediakala.. dan untuk kakpiah & anak2 sedaraku semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.. Amin...

Photobucket

No comments: