Thursday, November 3, 2011

NOVEL OMBAK RINDU & BICARA HATI

Teringat 2 novel ni... time aku poli dulu g Pesta buku kt PWTC ngn oya.. awal thn 2000.. muda remaja lg..hehehe.. aku beli ombak rindu.. oya beli bicara hati.. erm... novel aku??? sudah lunyai.. bape kali khatam.. dh xde dh pun.. sape lah yg hilangkan.. huhuhu.. rase nak beli baru je... hehehe..


citer psl ombak rindu hasil karya Fauziah Ashari.. besstttt sgttttt.. lg2 name watak heroinnye Izzah... maklumlah name i sket2... bergandingan lak dgn Hariz..novel ini telah difilemkan.. diarahkan oleh Osman Ali dan akan ditayangkan 1 Disember 2011 ni.. nak tgk ke x.. erm... (time bace dl2 nak fasha jd heroin.. maklumlah tgh femes time tu.. xde bnyk kontroversi lg.. hero lak lupe bygkan sape).. heronya dlm filem ni Aaron Aziz.. time bace dl Aaron Aziz xfemes lg kt msia ni rasenye n heroin maya Karin....ha yg jd mila.. lisa Surihani... so kite nntkan je la erk filem ni...




citer lak psl Novel Bicara hati hasil karya Damya hanna.. Novel ni lak jd drama bersiri.. mungkin akan disiarkan di Astro Prima.. xtau lak bile.. dgr2nye ganti citer Wasiat (xpnh lak tgk).. Novel ni bessttt jgggkkk..wa..xleh lupe Tengku Shahran ngn Zahlia... lg2 adegan lipas..hehehe... pelakon2 nye... Tengku Syahran ~ Sharnaaz Ahmad, Zahlia ~ Kris Cempaka peserta pilih kasih.. skrg nak dikenali blk ngn nama sendiri Cristina Suzanne (google la erk klu xkenal).. klu watak antagonis lak.. si Linda tu... Marsha Milan Londoh... Marsha Af...

oo.. jom like fp kt fb.. search je Drama Bicara Hati.. bnyk gambo2 best kt ctu..



cover novel sblm n selepas insaf... hehehe


Photobucket

Sunday, October 16, 2011

Novel baru....

Dah lame xbeli novel baru.... smlm bosan punye pasal jln kt JJ Bukit Raja.. erm masuk MPH.,.
ingt xnak beli..sbb novel yg beli last aritu pun xbace lg... tp... nak jgk.. sbb bosan punye psl.. mula2 amik satu.. pastu amik lagi satu..hehehe.. puas hati.... dua2 kaki novel nye.... isu... erm beselah... ala2.. suweet2 lah..hahaaha.. ok.. aku cilok dr www.kakinovel.com.. nye review...

1) Yes, Boss!
rege : RM19 ~ 457m/s
penulis : Areila Sahimi

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

2) M.A.I.D
rege RM26 ~ 753 m/s
penulis : Suri Ryana

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?



Photobucket

Ice Room Bangi & Garden Cafe Plaza Alam Sentral..

Rase nak citer pasal makan2 lak,.. hehehe.. baru2 ni ikut opismate g makan2 kt Ice Room, bangi.. dekat2 ngn pkns tu... erm.. mcm jenis icecream ade.. makanan pun bnyk.. oleh kerana tekak xok lg.. xdptla nak nikmati icecream tu,, hehehe..



icecream kt gambar ni namenye Yoi's Strawberry Snow Ice... rase cnfrmlah strawberry.. pastu letak jagung sket ngn coco crunch...eh ngn selasih.. tp yg dikatakan sedap... Nut Case Peanut.. mmg sedap.. xdak gambo lak... yg satu lg gambo tu.. erm..lupe lak namenye,.., ala2 nasi Jepun lak.... mcm2 menu lg.. ala2 kg ngn western sume ade k... korang google je lah erk...

MELAYAN SI BUDAK BAIK ~ ZIKRY...

budak manja yg bnyk kerenah ni..mmg.. mula2 nak makan McD.. pahtu nampk Garden Cafe ni.. nak makan kt sini lak.. pastu bnyk complen lak.. rasekan ayah ngn ibu xde.. baru bape hari g Mekah.. mcm2 nak... huhuhu.. sbb rambut dh panjang aku suh gunting rambut.. nak gunting kt Plaza Alam Sentral je la plak.. tu yg nak makan itu ini....




boleh tahan sedap gak la mkn kt sini.. Ili amik Sizzling Chicken Rice ngn Ice blended chocolate.. harga pun xde la mahal sgt.. bolehla nnt klu teringin nk mkn sizzling.. aritu x oder sbb dh kenyang yg amat... so next time leh try :)

Photobucket

Thursday, October 13, 2011

RESEPI : KERABU MANGGA ....

Semalam aku cuti masak.. sambil menonton tv.. housemate2ku sibuk kat dapur.. menunjukkan skill msg2... asalnye mmg nak suh kak chor buat kerabu mangga.. Oya ngn kak Haida tukang sibuk je.... sedap sgt :)

ni antara bahan2nya...

setelah semua bahan cukup... gaulkan..


ni lah hasilnye.... nyum..nyum...

ok.. ni nak share resepi...

5biji buah mangga yg besar2 di mayang kasar
2 batang serai *
1 kuntum bunga kantan *
2 labu bawang besar*
10 tangkai cili api (ikut rasa pedas)*
semua bahan * dihiris halus

semangkuk kecil udang kering halus
semagkuk kecil kacang tanah
~ 2 bahn ni digoreng tanpa minyak & dan dikisar (jgn halus sgt).. nak tumbuk pun boleh....

garam & gula secukup rase.....

bile semua bahan dh lengkap.. leh la gaulkan.... mlm tu kitorang makan ngn ikan terubuk masin & ikan kembung rebus.. pergghhhh menjilat jari....

SELAMAT MENCUBA :)
Photobucket

Thursday, September 29, 2011

karnival Usahawan Desa (KUD) , Putrajaya

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011 yg lepas.

Tema pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB PM pada 22 September.

Mmg best dok opis ni... semua aktiviti kat laman 1Malaysia dapat dihadiri dgn jayanya..hehehe...






Best jgklah.. sbb dpt rase makanan bnyk2..hehehe.. kenyang...
Photobucket

Ceritaraya..... Part 2

Syawal tahun telah berlalu... so.. nak upload arr gambo2 yg sempat di snap sepanjang makan2@opis....

ni makan@ unit lame.. Unit LD...


kat MOF... g lambat.. xdan nak jumpe PM..



NI LAK JAMUAN RAYA PALING MERIAH...
ANJURAN SEKSYEN AKAUN...
UNIT TB BUAT ROJAK BUAH







Ni lak makan2 @ Unit aku sekarang.. Unit TB...






Ni yg last Jamuan raya anjuran PUSPANITA...

Photobucket

Floria 2011 ~ 9-17 July 2011

Acara wajib setiap tahun..hehehee








Photobucket